Tuesday, November 2, 2010

Cerita Semalam

Semalam ( bagi orang kedah kami menggunakan istilah kelmarin) aku sempat memenuhi undangan perkahwinan kawan aku. Mulanya fikir banyak kali jugak nak pergi ke tak maklumlah aku ni bukannya rajin sangat nak memenuhi jemputan-jemputan perkahwinan macam ni. Alasan yang aku selalu bagi kat mak ayah aku adalah aku segan dengan makcik-makcik kat umah kenduri tu. Banyak soklan nant nak kena jawab.
Disebabkan kawan aku yang sorang ni agak rapat, aku buang jauh-jauh rasa malas tu. Maka pergilah aku bersama seorang teman lain memenuhi jemputan perkahwinan tersebut. Ada jugak yang menegur dan bertanya itu ini. Aku jawab je dengan penuh sopan. Dalam hati sempat jugak aku berbisik kalaulah ada yang tanya soalan pasal kerja siaplah.terus tak sopan jadinya nanti..hehe..tu lah dilema menjadi penganggur macam aku ni..
Tapi semua tu bukan apa yang aku nak sampaikan untuk entry kali ni. Yang aku nak cerita adalah pasal kawan aku yang berkahwin pada hari tu. Kami tidaklah terlalu akrab tapi agak baik. Disebabkan rumah dia selang sebuah je dari rumah aku, jadi kadang-kadang bila cuti semester aku balik kampung aku jenguk jugaklah ke rumah dia.
Aku ni dikira agak peramah diantara member-member aku yang ada dikampung ni. So, kalau dah berkumpul ramai-ramai mesti aku je yang selalu banyak cakap. Sibuk betul aku bertanya kepada si pengantin itu ini. Dari wang hantaran perkahwinan hinggalah kepada set perhiasan bilik pengantin. Boleh tahan jugak cantiknya bilik pengantin tu. Si pengantin tak usahlah ditanya. Cantik dan berseri.
Kawan aku si pengantin tu walaupun belajarnya sampai spm je tapi perangainya lebih matang dan mungkin jauh lebih baik dari aku yang belajar sampai universiti ni. DIa anak bongsu . Lepas habis spm sempat jugak dia bekerja tapi tak lama. Kemudian mak dia jatuh sakit, strok. Dialah yang menjaganya. Kat rumah dia hanya tinggal dia dan mak ayahnya saja. Kakak dan abang nya dah berkahwin dan ada keluarga sendiri. Sunyi je aku rasa hidup dia tapi aku kagum dia mampu bertahan.
Bila dengar berita yang dia nak kahwin, aku rasa bahagia. Bahagia seorang teman bilamana melihat temannya meniti kebahagiaan dalam hidup. Dengarnya dia akan ikut suaminya tinggal di rumah mertua. Kesian jugak pada si ayah yang akan tinggal sendiri nanti sebab mak dia meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Lumrah hidup. Semuanya tak akan kekal. Anak-anak bila dah sampai masa akan bina hidup sendiri. Begitu juga dengan kasih ibu bapa. Biar kasih tu berpanjangan tapi suatu hari bila ajal menjemput maka putuslah kasih berputiklah rindu yang takkan berkesudahan.
Dalam keramahan aku berbual-bual , terdetik juga rasa kagum dihati dengan kematangan kawan aku ni. Dia nampak bersedia untuk menggalas tugas sebagai seorang isteri. Aku sendiri dalam usia sebaya dia 23 tahun tapi tak pernah rasa bersedia untuk itu. Untuk bercinta pun aku belum ready inikan pula untuk berkahwin. Kadang-kadang gatal jugak mulut aku ni. Aku cakap kat mak aku yang aku nak kahwin. Adik-adik aku yang dengar waktu tu sempat mengutuk and gelakkan aku. Masing-masing cakap aku macam budak-budak lagi, tak matang. Akhirnya aku tersengih. Memang mulut aku ni gatal tapi sebenarnya semua yang aku cakap tu untuk hilangkan tension aku memikirkan masalah kerja. Tragis giler menganggur ni. Kebanyakan kawan-kawan aku dah berkahwin dan ada yang sudah bertunang paling tidak pun dah mempunyai pilihan hati. Aku pula belum terasa nak ambil langkah ke arah tu walaupun mak aku nampak dah risau. Yang aku fikir sekarang kerjaya aku. Aku perlukan kerja dan itu yang selalunya buat aku bahagia dari dulu hingga sekarang. Belajar dan kerja impian aku. Untuk bahagia dengan lelaki aku tak pernah yakin tapi aku tetap berdoa supaya suatu hari nanti akan ada keyakinan dihati aku bahawa ada lelaki yang mampu bahagiakan aku. Sebab tu bila tengok orang berkahwin aku rasa prempuan tu sangat berani. Perkahwinan tu kan satu perjudian. Antara bahagia atau derita.
Alhamdulillah aku nampak suami dan keluarga mertua dia bukan orang sembarangan. Sekilas pandang aku yakin mereka keluarga yang mendahulukan agama. Bertuah dia. Buat temanku yang baru sahaja berkahwin semalam, doaku moga bahagia sentiasa mengiringi hidup kalian. Moga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin.

Monday, November 1, 2010

Bila Jadi Penganggur

Penganggur biasanya dipandang sinis oleh masyarakat. Bukan salah masyarakat sebab mungkin diorang tak berapa faham konsepnya.Dari segi ekonominya pengangguran terdiri daripada pelbagai jenis antarannya pengangguran geseran, pengangguran kitaran,pengangguran teknologi dan lain-lain. Ish..apa yang aku merepek ni..itu bukan apa yang aku nak ketengahkan dlm entry kali ni. Sebenarnya aku nak cakap yang pengagguran tu bukan isu kecil. Ia merupakan isu makroekonomi yang dibincangkan sehingga peringkat global. Bila aku cakap ia bukan isu kecil,bermakna ia bukan hanya dibincangkan di peringkat individu, bukan juga hanya di peringkat nasional malahan sehingga peringkat global ia dibahaskan. Ia kerapkali menghantui graduan seperti aku. Dari waktu aku jadi siswi dulu aku dah mula fikirkan kemungkinan situasi ni akan terjadi pada aku. Aku persiapkan diri tapi nasib tak menyebelahi aku setakat ni. Aku menganggur secara rasminya lebih kurang 2 bulan dan makin terasa bahang pengangguran tu. Apa yang aku buat sewaktu bergelar penganggur:

1 Aku jarangkan diri menghampiri tempat orang ramai contohnya kalau ada kenduri aku jarang attend kecuali keluarga terdekat, atau member-member rapat. Selain tu, aku jugak dah malas nak pergi kedai. Tugas tu aku bagi pada adik aku ja. Semuanya aku buat supaya aku tak ditanya bila nak tamatkan zaman mengaggur ni. Bukan aku takut ditanya tapi setiap kali soalan tu datang aku akan terasa pedih. Macam usaha aku selama di sekolah hingglah ke universiti sia-sia. Orang cakap semua tu ilmu. Aku megaku tapi bagitau aku kalau ada yang tidak pernah berharapkan ilmu itu berguna atau memberikan hasil akhirnya.

2 Aku buat selamba je kalau ada yang bertanya. Jangan buat muka sedih atau gembira. Cakap je belum ada rezeki.

3 Ada jugak yang bertanya kenapa tak keja sementara dulu. Aku jawab masanya akan tiba. Aku pun nak jugak kerja sementara dulu. Lagipun nak mengharapkan kerja tetap atau kerja yang sesuai dengan kelayakan aku mimpi jelah. Dah lama aku kuburkan impian tu. Kalau sekarang ni dapat kerja kerani pun aku dah hepi giler kot. Kalau kerja kilang pun aku tak kisah. Tapi sekarang aku tak boleh lagi. Ada benda belum setel dirumah. Orang takkan faham selagi diorang tak hadapi sendiri.

4 Kadang-kadang nak berdepan dengan keluarga sendiri aku paling lemah. Rasa menghampakan family pun ada. Part ni aku paling tak kuat. Nangis je kalau dah tak mampu, selebihnya berdoa dan sabar. Kadang-kadang give up kadang-kadang aku buat derk je.sadis!!

5 Aku cipta bahagia dalam dunia aku sendiri. Tak kiasahlah bahagia yang macam mana. Yang aku tau aku dah penat fikirkan pasal kerja ni. Takut jugak lama-lama aku fikir banyak pulak aku merungut. Rezeki Allah swt luas. Sabar. Dalam penantian tu aku create situasi yang boleh bahagiakan aku, kadang-kadang rasa macam orang gila pun ada sebab hepinya bukan main padahal aku ni banyak masalah giler.Hidup bukan mudah. Keep praying tu ja aku mampu.

Buat para penganggur diluar sana jika terbaca entry ni tabahlah ye. Bukan teruk sangat mengaggur ni cuma ia jadi sadis dan tragis bila kita terlalu fikirkannya. Waktu mengaggur ni berbaktilah pada mak ayah setakat mampu sebab kalau dah keja nant tak sempat lagi nak balik kampung lama-lama. Tambah-tambah lagi bila dah kahwin. Baki masa yang ada ni anggaplah waktu yang tuhan bagi untuk kita bakti pada mak ayah. Syukur.