Tuesday, November 2, 2010

Cerita Semalam

Semalam ( bagi orang kedah kami menggunakan istilah kelmarin) aku sempat memenuhi undangan perkahwinan kawan aku. Mulanya fikir banyak kali jugak nak pergi ke tak maklumlah aku ni bukannya rajin sangat nak memenuhi jemputan-jemputan perkahwinan macam ni. Alasan yang aku selalu bagi kat mak ayah aku adalah aku segan dengan makcik-makcik kat umah kenduri tu. Banyak soklan nant nak kena jawab.
Disebabkan kawan aku yang sorang ni agak rapat, aku buang jauh-jauh rasa malas tu. Maka pergilah aku bersama seorang teman lain memenuhi jemputan perkahwinan tersebut. Ada jugak yang menegur dan bertanya itu ini. Aku jawab je dengan penuh sopan. Dalam hati sempat jugak aku berbisik kalaulah ada yang tanya soalan pasal kerja siaplah.terus tak sopan jadinya nanti..hehe..tu lah dilema menjadi penganggur macam aku ni..
Tapi semua tu bukan apa yang aku nak sampaikan untuk entry kali ni. Yang aku nak cerita adalah pasal kawan aku yang berkahwin pada hari tu. Kami tidaklah terlalu akrab tapi agak baik. Disebabkan rumah dia selang sebuah je dari rumah aku, jadi kadang-kadang bila cuti semester aku balik kampung aku jenguk jugaklah ke rumah dia.
Aku ni dikira agak peramah diantara member-member aku yang ada dikampung ni. So, kalau dah berkumpul ramai-ramai mesti aku je yang selalu banyak cakap. Sibuk betul aku bertanya kepada si pengantin itu ini. Dari wang hantaran perkahwinan hinggalah kepada set perhiasan bilik pengantin. Boleh tahan jugak cantiknya bilik pengantin tu. Si pengantin tak usahlah ditanya. Cantik dan berseri.
Kawan aku si pengantin tu walaupun belajarnya sampai spm je tapi perangainya lebih matang dan mungkin jauh lebih baik dari aku yang belajar sampai universiti ni. DIa anak bongsu . Lepas habis spm sempat jugak dia bekerja tapi tak lama. Kemudian mak dia jatuh sakit, strok. Dialah yang menjaganya. Kat rumah dia hanya tinggal dia dan mak ayahnya saja. Kakak dan abang nya dah berkahwin dan ada keluarga sendiri. Sunyi je aku rasa hidup dia tapi aku kagum dia mampu bertahan.
Bila dengar berita yang dia nak kahwin, aku rasa bahagia. Bahagia seorang teman bilamana melihat temannya meniti kebahagiaan dalam hidup. Dengarnya dia akan ikut suaminya tinggal di rumah mertua. Kesian jugak pada si ayah yang akan tinggal sendiri nanti sebab mak dia meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Lumrah hidup. Semuanya tak akan kekal. Anak-anak bila dah sampai masa akan bina hidup sendiri. Begitu juga dengan kasih ibu bapa. Biar kasih tu berpanjangan tapi suatu hari bila ajal menjemput maka putuslah kasih berputiklah rindu yang takkan berkesudahan.
Dalam keramahan aku berbual-bual , terdetik juga rasa kagum dihati dengan kematangan kawan aku ni. Dia nampak bersedia untuk menggalas tugas sebagai seorang isteri. Aku sendiri dalam usia sebaya dia 23 tahun tapi tak pernah rasa bersedia untuk itu. Untuk bercinta pun aku belum ready inikan pula untuk berkahwin. Kadang-kadang gatal jugak mulut aku ni. Aku cakap kat mak aku yang aku nak kahwin. Adik-adik aku yang dengar waktu tu sempat mengutuk and gelakkan aku. Masing-masing cakap aku macam budak-budak lagi, tak matang. Akhirnya aku tersengih. Memang mulut aku ni gatal tapi sebenarnya semua yang aku cakap tu untuk hilangkan tension aku memikirkan masalah kerja. Tragis giler menganggur ni. Kebanyakan kawan-kawan aku dah berkahwin dan ada yang sudah bertunang paling tidak pun dah mempunyai pilihan hati. Aku pula belum terasa nak ambil langkah ke arah tu walaupun mak aku nampak dah risau. Yang aku fikir sekarang kerjaya aku. Aku perlukan kerja dan itu yang selalunya buat aku bahagia dari dulu hingga sekarang. Belajar dan kerja impian aku. Untuk bahagia dengan lelaki aku tak pernah yakin tapi aku tetap berdoa supaya suatu hari nanti akan ada keyakinan dihati aku bahawa ada lelaki yang mampu bahagiakan aku. Sebab tu bila tengok orang berkahwin aku rasa prempuan tu sangat berani. Perkahwinan tu kan satu perjudian. Antara bahagia atau derita.
Alhamdulillah aku nampak suami dan keluarga mertua dia bukan orang sembarangan. Sekilas pandang aku yakin mereka keluarga yang mendahulukan agama. Bertuah dia. Buat temanku yang baru sahaja berkahwin semalam, doaku moga bahagia sentiasa mengiringi hidup kalian. Moga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin.

Monday, November 1, 2010

Bila Jadi Penganggur

Penganggur biasanya dipandang sinis oleh masyarakat. Bukan salah masyarakat sebab mungkin diorang tak berapa faham konsepnya.Dari segi ekonominya pengangguran terdiri daripada pelbagai jenis antarannya pengangguran geseran, pengangguran kitaran,pengangguran teknologi dan lain-lain. Ish..apa yang aku merepek ni..itu bukan apa yang aku nak ketengahkan dlm entry kali ni. Sebenarnya aku nak cakap yang pengagguran tu bukan isu kecil. Ia merupakan isu makroekonomi yang dibincangkan sehingga peringkat global. Bila aku cakap ia bukan isu kecil,bermakna ia bukan hanya dibincangkan di peringkat individu, bukan juga hanya di peringkat nasional malahan sehingga peringkat global ia dibahaskan. Ia kerapkali menghantui graduan seperti aku. Dari waktu aku jadi siswi dulu aku dah mula fikirkan kemungkinan situasi ni akan terjadi pada aku. Aku persiapkan diri tapi nasib tak menyebelahi aku setakat ni. Aku menganggur secara rasminya lebih kurang 2 bulan dan makin terasa bahang pengangguran tu. Apa yang aku buat sewaktu bergelar penganggur:

1 Aku jarangkan diri menghampiri tempat orang ramai contohnya kalau ada kenduri aku jarang attend kecuali keluarga terdekat, atau member-member rapat. Selain tu, aku jugak dah malas nak pergi kedai. Tugas tu aku bagi pada adik aku ja. Semuanya aku buat supaya aku tak ditanya bila nak tamatkan zaman mengaggur ni. Bukan aku takut ditanya tapi setiap kali soalan tu datang aku akan terasa pedih. Macam usaha aku selama di sekolah hingglah ke universiti sia-sia. Orang cakap semua tu ilmu. Aku megaku tapi bagitau aku kalau ada yang tidak pernah berharapkan ilmu itu berguna atau memberikan hasil akhirnya.

2 Aku buat selamba je kalau ada yang bertanya. Jangan buat muka sedih atau gembira. Cakap je belum ada rezeki.

3 Ada jugak yang bertanya kenapa tak keja sementara dulu. Aku jawab masanya akan tiba. Aku pun nak jugak kerja sementara dulu. Lagipun nak mengharapkan kerja tetap atau kerja yang sesuai dengan kelayakan aku mimpi jelah. Dah lama aku kuburkan impian tu. Kalau sekarang ni dapat kerja kerani pun aku dah hepi giler kot. Kalau kerja kilang pun aku tak kisah. Tapi sekarang aku tak boleh lagi. Ada benda belum setel dirumah. Orang takkan faham selagi diorang tak hadapi sendiri.

4 Kadang-kadang nak berdepan dengan keluarga sendiri aku paling lemah. Rasa menghampakan family pun ada. Part ni aku paling tak kuat. Nangis je kalau dah tak mampu, selebihnya berdoa dan sabar. Kadang-kadang give up kadang-kadang aku buat derk je.sadis!!

5 Aku cipta bahagia dalam dunia aku sendiri. Tak kiasahlah bahagia yang macam mana. Yang aku tau aku dah penat fikirkan pasal kerja ni. Takut jugak lama-lama aku fikir banyak pulak aku merungut. Rezeki Allah swt luas. Sabar. Dalam penantian tu aku create situasi yang boleh bahagiakan aku, kadang-kadang rasa macam orang gila pun ada sebab hepinya bukan main padahal aku ni banyak masalah giler.Hidup bukan mudah. Keep praying tu ja aku mampu.

Buat para penganggur diluar sana jika terbaca entry ni tabahlah ye. Bukan teruk sangat mengaggur ni cuma ia jadi sadis dan tragis bila kita terlalu fikirkannya. Waktu mengaggur ni berbaktilah pada mak ayah setakat mampu sebab kalau dah keja nant tak sempat lagi nak balik kampung lama-lama. Tambah-tambah lagi bila dah kahwin. Baki masa yang ada ni anggaplah waktu yang tuhan bagi untuk kita bakti pada mak ayah. Syukur.

Tuesday, August 17, 2010

hikmah disebalik 1 penantian

Sebelum2 ni aku jalani ibadah puasa dalam situasi masih bergelar pelajar tapi Ramadhan kali ni aku lalui bulan mulia ini sebagai seorang penganggur. Bunyi macam sadis ja kan tapi sebenarnya seronok jugak macam ni. Ada banyak kelapangan untuk aku beribadat.Aku harap waktu yang singkat ini dapat aku gunakan sebaiknya untuk melipatgandakan pahala.

Bulan Ramadhan kali ni aku banyak belajar. Bila dah duduk kat rumah ja mestilah kena buat kerja rumah. Tambah2 bila dah jadi kakak yang paling besar sekarang. Adik2 aku pulak time macam ni diorang selalu ambil kesempatan. Semua chores aku yang buat dengan alasan diorang perlu study for coming exam. Aku??..dah pasti aku mengalah ja sebab aku pun pernah jadi student and very clear about the bunch of homework and the crazy time when u need 2 memorize things.

Syukur Alhamdulillah rupa-rupanya disebalik pengangguran aku tu ada besar hikmahnya. Manisnya baru terasa. Mungkin Allah swt nak aku persiapkan diri dengan basic kehidupan sebelum aku menjengah ke alam kerjaya. Perkara2 asas ni aku belajar sikit2 and i can see the improvement by days. Cukup buat aku bina kehidupan sendiri dimasa depan. Lebih berdikari itu yang aku harap.

Thanks Allah...4 the chances given

~Qaiasara Sajiddah~

Saturday, August 14, 2010

UKM di hatiku

Banyak sebenarnya perkara yang berlaku dalam hidup aku 2 minggu kebelakangan ni. Ada yang pahit, ada juga yang manis. Begitulah hidup tidak selalunya berjalan mengikut apa yang kita inginkan. Semua hari yang berlalu mengikut rentak Sang Pencipta kerana sudah semestinya Dia lebih mengerti akan baik buruknya sesuatu perkara.

Aku lebih suka menulis yang manis dari yang pahit.

Tanggal 08/08/2010 adalah detik terindah kepada sebuah penantian "my Graduation's day". mulanya tak rasa apa2 pun, aku hanya nak that scroll je. Dah dapat jubah aku try berkali2 kononnya nakkan 'feel' konvo tu. Meriah aku tengok kawan2 aku kat facebook dengan post about graduation's day. Masing2 tak sabar menunggu waktu tu. Aku pulak kat bilik macam takda perasaan. Aku hanya nak semua tu berlalu secepat mungkin. PELIK..aku pelik dengan apa yang aku rasa saat tu. Aku tanya diri aku, apa sebenarnya yang aku inginkan? Bukankah ini menjadi impian aku bertahun lamanya? sudahnya kenapa aku tak segembira orang lain?...ermm..even i got one simple reason but still wonder how much it working 2 worse my feeling about the graduation's day. well, i just ignore all those things. i wanna make my graduation's day will be best moment ever in my life even have little doubt about that..

Pada hari konvokesyen tu, aku tetap rasa yang sama, aku ukir jugak senyuman buat keluarga aku yang datang. Apapun perasaan aku waktu tu, aku tak kisah. Yang pasti aku nak my parent of course my big brother yang banyak support in other side happy dengan kejayaan aku. Well, it really work. Aku tahu ayah aku suka, aku jugak tahu abang aku gembira tapi aku lebih pasti bila aku balik kampung and my mother told me that they all proud of mine. Biasalah semua parent akan gembira bila anak2nya dah berjaya habis study. Alhamdulillah..

Satu moment masa graduation's day buat hati yang keras ini terusik jugak akhirnya adalah the moment when all lecturers berarak masuk and keluar dewan. Masa tu hanya tuhan yang tahu. Tak terfikir pulak aku akan rasa macam tu. Rasa sebak bila tengok pensyarah2 berjalan masuk didepan. Orang yang banyak berilmu dan menyumbang kepada kejayaan aku hari tu. Diorang nampak relax waktu berarak masuk. Aku yakin diorang proud of bila tengok anak2 didik mereka berjaya grad akhirnya. Aku dapat rasakan aura yang sangat berbeza. Rasa hormat yang tinggi pada para pendidik ni. Mungkin kepuasan yang aku rasa tak sama dengan kepuasan milik golongan pensyarah ni. Teringat Lectrer aku, Dr. Madeline pernah cakap kepuasan yang dia dapat sebagai seorang pensyarah adalah bila melihat anak didiknya berjalan di atas pentas menerima ijazah pada hari konvekosyen mereka..Apapun, aku takkan lupakan jasa semua pensyarah kat bumi UKM ni khasnya all FEP's Lecturers.

Kehidupan di universiti bukan sahaja mengajar aku tentang ilmu dan teori yang ada dibuku but it taught me more than that. The value of life that you didn't found from other side of life.

Sekarang aku berjaya menggengam segulung ijazah bukti kepada sebuah usaha yang aku terapkan sekian lama. i'm done at last!!!...dulu aku nak sangat jadi doktor tak sangka aku akhirnya jadi graduan ekonomi. Rahsia Allah swt tidak ada yang dapat menduga. Thanks Allah for the blessing!..buat my family aku rasa ini dah cukup untuk buat diorang happy, kepada para pensyarah2 yang aku hormati, ilmu dan budi kalian akan kujunjung tinggi hingga penghujung hidup ini, buat teman2 seperjuangan di bumi UKM, walau tak dapat snap banyak pics sama2 but memories we created togather will be play on my mind forever. Moga ukhwah kita kekal abadi.



~Qaisara sajiddah~

Tuesday, July 20, 2010

Allah SWT Maha pengatur rezeki manusia

Dalam situasi sekarang aku tak nafikan kehidupan aku kosong dan sangat membosankan. Masa aku banyak waste pada benda-benda tak berfaedah even i realize it is not a good thing at all but my mind keep saying that it's ok. It would be sometimes..don't worry you have much time left why you bother yourself?...huh

Ronda-ronda kat facebook antara aktiviti yang aku selalu buat. Bagus jugak kadang-kadang dapat info berguna dari tokoh masyarakat yang aku add. Dalam situasi lain tension jugak bilamana tengok post my friends yang dah dapat kerja. Tinggal aku ja yang terkontang-kanting kat rumah ni. Mungkin rezeki aku lambat sikit kot.Itulah antara kata-kata untuk sedapkan hati aku yang aku kira sangat gundah gulana waktu tu. Walaubagaimanapun semalam bila aku baca post sorang member kat facebook, hati aku terasa lapang. Katanya:

"Urusan rezeki itu jangan dirunsing, ia tetap dan pasti ada. Allah SWT Maha pengatur rezeki manusia"

Aku jadi sebak seketika memikirkan betapa aku hanyut dibuai arus dunia hingga membuatkan hati aku resah pada perkara yang telah dijanjikan Allah swt. Aku yakin aku sudah berusaha, aku juga sudah berdoa dan akan terus memohon pada yang Maha Berkuasa. Selebihnya aku menyerahkan segalanya pada Dia kerana aturanNya pastilah yang terbaik buat semua. Aku hentikan rasa resah dihati, aku ganti dengan penyerahan pada Ilahi.

Sekali lagi aku terpaku didepan skrin laptop ni bila membaca post sorang member lain.


" Yang datang, hanyalah sekadar untuk menguji......"


Lama jugak aku renung kata-kata tu. Rasanya datang dari sebuah lagu. Tak kisahlah dari mana asalnya kata-kata ni, yang pasti ia dah buatkan hati kecil aku tercuit. Hidup tak selalunya berjalan dengan lancar. Kadang-kadang ada saja halangan yang datang menggugat keteguhan iman.

Post kedua-dua member aku tu memang sangat kena dengan aku. Mungkin dah sampai masa untuk aku lebih optimistik. Bantuilah aku Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih untuk menghadapi hidup ini agar sentiasa berputar di atas landasan kebenaran

~Qaisara Sajiddah~

Monday, July 19, 2010

kecewa yang sementara

Lama x menjenguk blog ni..malas nk menaip sedangkan banyak yang nak aku kongsi...tapi kalau semua aku tulis disini xbest gak kan...
aku selalu dengar org cakap apa yang kita nak tak semestinya kita akan dapat. it sound pathetic at first tp bla aku dlm situasi mcm ni then i realize that the fact it is right. Allah swt lebih tahu yang terbaik untuk hambaNya.

Proses kehidupan tak selalunya indah. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah..mak aku cakap hidup ada pasang surutnya, kawan aku pula cakap hidup macam roda. semuanya membayangkan benda yang serupa. Aku dah biasa dengan kegagalan. Aku dah biasa jatuh yang aku kira agak payah untuk berdiri semula tp aku anggap aku belum rebah kebumi untuk aku berputus asa saat tu. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan ruang yang diberi Allah swt aku mulakan sekali lagi semuanya. So, aku harap kali ni aku lebih tabah. Aku yakin dengan ketetapanMu Ya Rabb..

~Qaisara Sajiddah~

Sunday, June 27, 2010

Satu rasa bernama cinta

Hadirmu dalam Anganku
Munculmu pada mimpi-mimpiku
Wajahmu terukir diimaginasiku

Engkau bukan lelaki idaman
Engkau laki-laki budiman
yang hadir menutur kata menagih bicara
mengundang rasa yang kunafikan sekian lama

Lidahku kelu hati terkedu
saat munculmu yang tak pernah wujud pada percaturanku
cukup hanya sekali
datangmu meroboh tembok hati
yang kubina dan kusangka teguh berdiri

Aku akur pada rasa ini
tak mampu aku melawan fitrah insani
mungkin ia kebetulan ditengah-tengah kekalutan
namun
mungkin juga aturan tuhan untuk menduga keteguhan iman



~Qaisara Sajiddah~

Saturday, June 26, 2010

cantiksss

orang perempuan nak je selalu nampak cantikkan. Ada yang sanggup berbelanja besar untuk rawatan kecantikan, ada jugak yang sanggup menahan lapar gara-gara nak kurus dan kelihatan cantik walaupun cara tu nampak ekstream jika dihalusi. Apapun yang kamu lakukan wahai kaum hawa janganlah sampai memudaratkan diri kamu sendiri. Sesungguhnya ciptaan Allah swt itu cukup indah. Bersyukurlah seadanya dan peliharalah sebaiknya.

Namun, aku sedar manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Aku juga perempuan dan fitrahnya aku juga ingin selalu nampak cantik dan muda. Cantik itu subjektif sebenarnya. aku lebih suka mengambil pendekatan memelihara kecantikan yang dianugerahkan Allah swt daripada mengubah apa yang dikurniakan. Bukankah mengubah ciptaan Allah itu satu dosa besar? Maka, kaum hawa sekalian, marilah kita renungi kembali. Kita panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Agung atas kurniaan terindah ini.

Aku selalu dengar orang cakap kecantikan fizikal itu tidaklah utama asalkan kecantikan dalaman terpelihara. Aku setuju tapi aku menafikan kenyataan itu relevan digunakan hari ini. Mungkin masih ada manusia diluar sana berjiwa suci yang masih memandang tinggi budi dan hati namun golongan ini sangat sedikit. Sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan orang yang memandang kecantikan luaran kerana fitrahnya manusia suka pada keindahan. Apapun bagi aku, kita sepatutnya adil memperlakukan manusia lain sepertimana kita menuntut orang lain berlaku adil pada kita.

Aku sendiri sedang belajar berlaku adil.Rasa muak menilai luaran semata-mata kerana pengakhirannya aku pasti kecewa. Apapun bukan semua yang cantik luaran itu buruk dalamannya ataupun sebaliknya. Bukan itu yang ingin aku sampaikan. aku hanya menuntut keadilan dalam kita menilai orang lain. Ayuh, kita ubah cara kita judging people. Perlu diingat takda manusia yang sempurna. Terimalah seadanya sepertimana kita ingin diterima seadanya.

~Qaisara Sajiddah~

Thursday, June 17, 2010

lima musim

Dah lama aku tak menjenguk blog ni. kalau surf internet pun aku akan buka facebook atau baca news ja. bukan takda idea nak dikongsi tapi lebih kepada perasaan malas nk menaip. Apapun kali ni aku gagahkan juga jari-jemariku untuk berlari-lari kat atas keyboard ni.

Sekarang musim bola(world cup), musim hujan, musim kenduri, musim buah( aku rasa la even my parent cakap not yet) and musim orang sibuk prepare untuk masuk universiti.

Aku akui kalau bercakap pasal bola, aku takdalah bagus sangat sebab aku ni perempuan.aku suka bola tapi takdalah sanggup berjaga sampai pagi hanya untuk bola. Bak kata cikgu aku dulu, lagi bagus bangun pagi solat tahajudd dari bangun untuk bola. nikmatnya lebih agung. aku setuju. Apapun semuanya atas diri sendiri. kita tak mampu menghalang minat orang lain. Selalunya yang sanggup bangun untuk bola adalah golongan lelaki. Tapi ada juga perempuan yang rela bangun awal pagi untuk temankan si lelaki. Aku respect isteri yang sanggup bangun pagi temani si suami menonton bola. Mungkin melaluinya hubungan suami isteri dapat dieratkan seperti mana ungkapan yang agak biasa aku dengar 'sukan mampu menyatukan'. Tidak dinafikan bola boleh bertindak sebagai platform terbaik bagi pasangan suami isteri belajar menghargai minat antara satu sama lain. namun, semuanya ada pro n con. kita sendiri sebenarnya berkuasa untuk memilih. selagi ia diyakini memberi kebaikan paling tidak pun ia tidak memudaratkan boleh aja kita nikmati minat ini.

Ikut kalender my parent sekarang memang musim hujan. musim hujan buat aku agak resah sebab asyik berkurung dalam rumah ja sepanjang hari. pusing sana pusing sini asyik tengok muka adik-adik aku ja.(ayat ni agak kejam tp fair la sebab adik-adik aku pun cakap benda yang sama kat aku). kalau bukan musim hujan boleh jugak aku melepak kat luar rumah ambik angin petang, buat-buat sibuk dengan keja gardening, ronda-ronda tengok sawah padi menghijau atau apa-apa kerja luar umah yang lain. tapi tu semua hanya akan berlaku bila musim hujan dah berlalu. kalau time hujan macam ni, aku hanya boleh jadi penonton setia tv atau pelayar internet yg hebat.

kenduri??..ermm, banyak sangat sebab sekarang musim cuti sekolah. semua jenis kenduri ada, kenduri kahwin, kenduri arwah, kenduri akikah n lain-lainya. Hidup kat kampung macam ni lah.
Kalau ada kenduri, mesti kena pergi. Ayah aku cakap hidup bermasyarakat tak boleh sombong. Jadi setiap jemputan sebaiknya dipenuhi. Aku jadi tukang angguk ja bila ayah aku cakap sebab aku jarang attend mana-mana kenduri kecuali rumah saudara terdekat. Bukan aku tak suka pergi kenduri tapi aku malu bila makcik-makcik kat rumah kenduri sibuk bertanya anak siapa, itulah,inilah...terutama kalau aku pergi dengan adik-adik dan kakak-kakakku yang pemalu tahap gaban. Akulah yang jadi tukang jawab and yang lain jadi tukang senyum.

Family aku takda dusun buah-buahan. Kat kebun ayah aku hanya tanam pokok petai. ayah aku cakap kalau tanam buah-buahan yang macam orang selalu buat nanti tak larat nak habiskan. Katanya, petai ada nilai komersial sebab kalau dijual pasarannya lebih luas dari buah-buahan. kami iyakan aja kata ayah sebab apapun yang ayah aku cakap pasti betul jugak akhirnya. tulah yang selalu berlaku.

Last sekali aku nak cakap pasal musim masuk universiti. Tiga tahun yang lalu aku pun sibuk saat macam ni. Minggu lepas masa aku pergi tempah baju kat kak tukang jahit kampung aku, dia pun merungut banyaknya baju kurung nak disiapkan dalam masa terdekat. Semuanya tempahan dari budak-budak kampung aku yang nak masuk universiti.ermm..mula-mula ni semua sibuk nak buat baju kurung. dah sebulan dua kat universiti nanti fesyen pasti berubah. itulah yang terjadi kepada anak-anak bangsaku yang jati dirinya terlalu rapuh. Namun ada juga yang berubah penampilan lebih muslimah dari sebelumnya. syukurlah kalau macam tu. Yang menjadi masalah dulunya fesyen muslimah then masuk universiti berubah penampilan dengan fesyen yang entah apa-apa..malas aku nak cakap lebih-lebih. selalunya siswi-siswi ni akan memberi jawapan yang sangat lmiah. Ini negara demokrasi. semua orang berhak untuk berbuat apa-apa termasuklah menggayakan apa-apa fesyen.

Dah penat jari aku berlari.dia mintak berenti sekarang. so, setakat ni je post untuk kali ni.

~qaisara sajiddah~

Sunday, May 30, 2010

dimana silapnya?

awal pagi lagi aku dihidangkan dengan cerita-cerita yang agak menarik dari adikku. Dia bercerita tentang sekolahnya, tentang temannya dan tentang guru-guru mereka. Sesekali cerita sebegitu mengingatkan aku tentang zaman persekolahanku yang berlalu penuh makna. Jauh disudut hati, aku mengharapkan adik-adikku juga mengukir kenangan yang serupa.

Dulu disekolah (form 6), hubungan aku dengan kwn2 sangat rapat. jumlah pelajar yang sedikit dalam kelas kami menjadikan perhubungan antara kami begitu erat. kami bersatu sebagai satu kumpulan pelajar yang sangat cool. Walaupun aku tidak mampu membuktikannya secara empirik tapi cukuplah ia dibuktikan dengan kata-kata arwah cikgu tercinta, Noraffandi Mansor tentang ke'cool'an kami dalam kelasnya. Bagi aku, kawan-kawan sangat hebat dimata aku. Walaupun aku pelajar yang paling lewat masuk form6(atas sebab-sebab tertentu), tapi kawan-kawan menerima aku dengan tangan terbuka. kami mencipta kenangan bersama, mengukir kejayaan juga bersama..suka duka kami jalani bukan lagi bersendirian. Begitu juga perhubungan kami dengan guru-guru. Kami tidak lagi dilayan seperti pelajar-pelajar belasan tahun yang lain. Guru-guru melayan kami bagai kawan. Gelak tawa kami bersama. Rasa kecewa kami juga kami kongsi bersama. Segala-galanya begitu indah.

Namun, keadaan yang dialami oleh adikku dan kawan-kawannya agak berbeza. Hubungannya dan kawan-kawannya seerat hubungan aku dengan kawan-kawanku seperti suatu ketika dulu namun, hubungan mereka dengan guru-guru mereka tidak seindah hubungan aku dan guru-guruku. pada mulanya aku meletakkan kesalahan keatas adikku dan teman-temannya kerana gagal membina hubungan baik dengan insan bergelar guru. namun, apabila mendengar ceritanya, aku rasa agak terkilan. Guru yang kupandang tinggi selama ini, yang sangat mulia dimata aku rupanya bukan seperti yang aku fikirkan. Dalam erti kata lain bukan semua insan bergelar guru itu harus dipandang tinggi oleh pelajarnya saat ini (syukur semua guru-guruku baik dan bertanggungjawab). aku tidak bermaksud untuk mengajar pelajar supaya tidak menghormati guru-guru mereka tapi aku hanya ingin menyatakan rasa hormat yang dibina terhadap guru perlulah berasas.

Tindakan guru hari ini yang melampau kadang-kadang sangat menyakitkan Mungkin guru-guru ini bertindak sebegitu disebabkan oleh rasa tanggungjawab terhadap anak didik namun secara tidak sedar mereka sebenarnya telah mengguris hati dan juga mencemar maruah pelajar-pelajar mereka. aku tidak ingin memperincikan apa sebenarnya masalah yang tercipta antara teman-teman adikku(syukur adikku tidak terlibat) dengan guru-guru mereka tetapi aku ingin menyatakan bahawa guru-guru seharusnya sedar tentang hak seorang pelajar. tambahan pula apabila ia melibatkan pelajar yang meniti usia dewasa. sudah pasti pelajar-pelajar ini menyedari hak mereka dan berusaha mempertahankannya. aku bersetuju dengan tindakan pelajar ini mengutarakan haknya yang dicerobohi walaupun caranya bertindak agak agresif. Apa rasanya kalau anda dimalukan dihadapan pelajar lain sedangkan kesalahan yang anda lakukan adalah kecil dan sepatutnya ditegur atau dihukum dengan cara yang lebih berhikmah?? Adakah guru ini menjadikan kuasanya sebagai guru untuk bertindak sewenang-wenangnya hingga menyebabkan pelajar tersebut terpaksa berhadapan dengan cemuhan pelajar-pelajar dan guru-guru lain sepanjang persekolahannya. Jika keadaan ini berterusan, bagaimana pelajar ini
akan menghabiskan sisa-sisa persekolahannya dengan mencipta kenangan bersama teman-temannya atau yang lebih utama lagi bagaimana pelajar ini mampu untuk menghabiskan pelajarannya dan seterusnya mengukir kejayaan seperti pelajar lain. Mungkin guru-guru menganggap itu bukan masalah besar buat mereka kerana ia melibatkan seorang dua pelajar sahaja tapi adakah mereka fikirkan nilai pelajar ini keatas keluarga mereka? (walaupun seseorang itu tidak bernilai dimata kita, ingatlah ia mungkin sangat bernilai dimata orang lain). Guru ini bukan sahaja menghancurkan hati pelajar terbabit tetapi juga telah menghancurkan hati-hati lain.

aku bertanya adikku tentang apa yang dirasakannya. Berdasarkan ceritanya tadi, dia tidak terlibat langsung dengan situasi ini.aku mengharapkan jawapan yang positif tapi ternyata, adikku juga telah hilang kepercayaan terhadap guru-gurunya. Terkilan juga mendengarnya kerana aku harapkan adik aku gembira dizaman sekolahnya yang hanya beberapa bulan bersisa. Katanya bukan guru tersebut sahaja yang memuakkan pelajar, hampir semua gurunya kerap bertindak sedemikian rupa. aku tidak menyalahkan guru-guru tersebut sepenuhnya, mungkin adikku dan teman-temannya juga bersalah dalam beberapa aspek namun ingin aku sampaikan disini pendapat peribadiku. orang yang lebih dewasa selalu menganggap mereka betul dan matang. Mereka selalu mahu dianggap benar walaupun kadangkala perbuatan mereka kebuda-budakan dan tidak masuk akal.

sekali lagi aku tegaskan, aku bukan mengajar pelajar-pelajar untuk kurang ajar. sungguh. kepada adik-adikku juga kerap ku berpesan supaya menghormati guru.jangan sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak baik tentang seorang guru walaupun dibelakang guru tersebut. Namun, apa sebenarnya yang bermain dimindaku ini ku taipkan agar menjadi panduan dan pedoman buat insan bergelar guru diluar sana. jika ingin dihormati oleh pelajar-pelajar, binalah pesona diri bukan dengan meggunakan kuasa sebagai guru atau modal orang yang lebih dewasa untuk mintak dihormati. guru adalah orang terpelajar yang aku fikir punyai maruah yang tinggi. usah menggunakan cara murahan untuk meraih rasa hormat pelajar.

Wednesday, May 26, 2010

my words

1st post in my new blog.dlu da penah buat blog tp malas nk up date n at last aku delete je blog 2..then aku create new blog tonight(actually mowning dah) just becoz aku tersangat boring.

ermm...hebat je aku tgok kwn2 aku menulis kat blog masing-masing.aku ni stakat menulis meluahkan rasa hati pandai la..harap2 blog ni mampu beri ckit input kpd yg membaca..tak bnyak pun ciput pun kira ok la..n kalau xda gak cukuplah ianya menjadi platform terbaik untuk aku hilangkan rasa bosan ini.

sebenar-benarnya pemangkin kepada kewujudan blog baruku mlm ni(opss pg ni) adalah rasa tak puas ati, marah, kecewa and terkilan yg teramat sgt. puncanya????..tak yah la aku cakap.tp apa yg aku cuba nyatakan kat sini, perasaan yg bertandang ni telah berkumpul menghasilkan satu energy yg kuat untuk aku still buka mata wlaupun dah awal pg untuk terus mengedit, menulis dan mencari maklumat-maklumat yang patut.

hebatnya rasa marah ni kan..aku teringat kata-kata ckgu aku dulu.kalau marah, salurkan energy rasa marah tu pada benda2 yang positif.hasilnya pasti mengkagumkan.tak pastilah apa pendapat org lain tp bg aku memang betul apa yg ckgu aku ckp tu sebab aku dah bnyk kali merasa kemanisan hasil energy kemarahan yg disalurkan ke medium yg betul..trust me.it's really work.

penutup kepada my 1st post: tipulah kalau aku cakap aku tak kisah dengan apa yg dah berlaku malam ni.sakitnya hanya tuhan yang tahu.bukan tak pernah merasa tp kali ni aku betul-betul tak sangka..ish3..tp disebalik semua rasa tu, masih bersisa rasa kuat ni..aku gumbira bila aku mampu hadapinya..

~Qaisara Sajiddah~