Sunday, October 9, 2011

Kerja Lapangan ke Cameron Highland



Baru-baru ni aku ikut rombongan student ke Cameron Highland untuk satu penyelidikan berkenaan orang asli. Ini kali kedua aku ke sana atas tujuan yang serupa. Pengalaman yang sukar digambarkan oleh kata-kata. Jom tengok apa aku dapat kat sana:
1. Pengalaman pertama naik lori pick up (hilux) masuk kawasan pedalaman. Kawasan berbukit dan jalan pulak bengkang-bengkok.Giler seronok bebudak ni menjerit bila naik turun bukit. Macam roller coaster dah kata diorang. Aku yang dah senior ni bajet je cool walaupun terserlah jugak ke'sengal'an aku bila sesuka ati menarik baju diorang..hehe


2. Pertama kali turun padang kutip data sendiri. Sebenarnya, student je yang disuruh buat soal selidik ni tapi desababkan nak test kemampuan sendiri aku cuba buat juga. Kalau korang nak tau, bagus jugak buat temu bual sendiri sebab kita boleh belajar cara berkomunikasi dengan betul mengikut setiap level masyarakat tu. Lihatlah betapa gigihnya adik-adik ni menemubual orang-orang asli.


3. Pernah dengar istilah Tok Batin?..ha..dalam dok sibuk meronda amik gambar(aku ditugaskan jd camerawoman hari tu), sempat gak aku berposing dalam rumah traditional Tok Batin. Best giler..rumah Tok Batin ni diperbuat daripada buluh, simple je dia punya design. Menurut Incik Tok Batin ni, dia selesa tinggal kat rumah buluh ni daripada rumah batu. Sebab tu beliau bina semula rumah ni walaupun kerajaan dah buat rumah batu untuk beliau dan anak-anak buah beliau. Thumb up lah untuk Incik Tok Batin yang begitu tega mempertahankan adat & budaya kaum beliau. Sangat terserlah kejatian diri beliau nih. Mari lihat adik-adik ni bergambar bersama Tok Batin. Ceria kan muka diorang ni..hohoho


4. Kalau korang nak tau sepanjang trip 3 hari 2 malam ke Cameron Highland ni aku gerak sana sini pakai wedges. Aku bajet trip kali ni aku stay dalam bas je uruskan student sebab tu lah aku tak pikir nak bawa sneakers. Namun begitu, disebabkan aku ni hiper active, memang xboleh duduk diam lah ditambah pulak kena masuk kawasan pedalaman yang of course lah mencabar. Jalan berlopak and naik turun bukit memang dah pasti cuma belum sampai tahap naik sampan je lagi. Tengoklah wedges aku ni masih ada saki baki tanah lumpur. Bayangkan wedges ni 3 inch aku angkut sana sini. Memang giler ahh. Lihatlah gambar dibawah, sempat jugak aku memboloskan diri dengan wedges berkenaan lalu masuk kedalam hutan untuk main air sungai. Gaji next month aku rasa terpaksa beli kasut baru lagi coz wedges ni macam dah menunjukkan ciri-ciri mau rosak sebab masuk air..huhuhu




5. Tersadai tepi jalan gara2 bas terlanggar wayar telefon. Lepas hantar bantuan malam tu, kitaorag bertolak balik dalam pukul 10mlm macam tu lah. Lebih kurang 5 minit perjalanan balik ke hotel, tetiba je bas berenti selepas satu bunyi serekan kedengaran. Panik gak waktu tu sebab diorang sebut2 pasal wayar elektrik. Kitaorang diarahkan turun dari bas dan berjalan ke jalan besar untuk naik bas lagi satu. Dalam dok sibuk-sibuk panik tu, bebudak student ni sempat je ambik gambar lagi. Diorang cakap pengalaman yang perlu dirakam. Oooyeah..apa-apa jelah bebudak oii. Aku tak sempat nak snap gamabr bas yang terdampar kat bukit tu tp sempat snap gambar student yang tersadai tepi jalan ni..hahaha. Muka semedang je hepi diorang ni.

6. Pergi pasar malam dalam hujan. Sebelum ni, tak pernah aku bersungguh-sungguh shopping kat pasar malam dalam keadaan hujan lebat macam tu. Disebabkan malam tu je kitaorang ada masa so, redah je lah.. Dalam dok sibuk-sibuk pilih barang tu sempat jugak aku jeling sorang mamat cute ni. Dia tengok aku senyum, aku senyum la balik. Giler cute ada lesung pipit lagi....Banyak kali gak kitaorag berselisih dan ia bermakna banyak kali jugaklah kitaorang berbalas senyuman. Kira berbaloi jugak shopping dalam hujan malam tu..tapi agak terkilan sebab lepas malam tu dah tak jumpa beliau lagi..Biasalah, aku kalau bab2 macam ni selalu failed. Heh3..Of course lah tak sempat ambil gambar dia tapi sempat amik gambar bantal strawberry yang aku beli setelah berhempas pulas survey harga..Lihatlah mereka-mereka ni berposing dengan bantal strawberry aku.
Paling best bila dapat merasa nikmat keindahan alam semulajadi yang masih lagi bersisa kat sini. Ni gambar time aku kat atas bukit. Masa tu kabus dah tutup pandangan. Sejuk sangat.. rasa macam kat korea pun ada gak... Walaupun rumah diorang sangat biasa tapi persekitaran rumah diorang bagi aku luar biasa..cantik dan mendamaikan.

~qaisara sajiddah~




Tuesday, October 4, 2011

Jangan berputus asa



Last aku post entry bulan July lepas. Sekarang dah masuk bulan Oktober. Agak lama aku x update blog ni. Bukan takde masa cuma malas nak menaip.


Alhamdulillah lepas sekian lama aku menunggu akhirnya dapat jugak aku kerja yang sesuai dengan jiwa aku. Dulu aku selalu cakap aku nak jadi doktor tp kemudiannya aku tukar course dari sciences stream kepada economics. Berkuburlah impain tu. Lepas tu aku buat plan baru, lepas habis belajar kalau boleh aku nak kerja office and target lepas 10 tahun kumpul duit semua nak further study and end up dengan pilih kerjaya sebagai lecturer.

Kalau boleh lepas konvo aku nak keja dengan Bank Negara Malaysia(BNM). First resume memang aku hntar kat BNM la. waktu tu aku ingat lagi aku ngah final year sibuk siapkan kertas ilmiah
. Angan nak join dunia corporate lah, nak rasa sendiri duduk kat kerusi pusing2 tu, meeting kat boardroom, pastu dress up mcm wanita corporate. Giler ahh..apa punya impian lah kan.

Kemudiannya, Allah takdirkan aku menganggur untuk satu jangkamasa yang agak lama. Waktu tu, aku punya impian nak masuk dunia corporate atau nak jadi lecturer memang aku dah let go. Kalau dapat jadi kerani kat company kecik pun aku dah bersyukur giler kot. Punyalah banyak reume aku print and spread kat mana-mana company yang aku jumpa. Ada lah jugak 2,3 interview aku pergi tapi semuanya hampeh. Rasa macam degree yang aku bawa tu dah tak laku masa tu.

Orang kata kita hanya mampu merancang, Allah swt yang menentukan. Aku ingat lagi mak aku pernah cakap Allah akan makbulkan semua doa hambanya cuma yang membezakan lambat atau cepat je. Yang penting terus berdoa dan sabar.

Dalam dok menganggur tu, member aku suggest kan aku join satu program bawah BNM. Nama program tu Graduate Programme of BNM (GP200). Aku ikut je lah.dari takde buat apa-apa lebih baik aku join je. Dengan tidak bersungguh-sungguh aku apply. Dipendekkan cerita aku pun participate dalam program ni. Dua bulan participant GP200 ni kena training kat Kajang sebelum dihantar ke company untuk praktikal. Kalau prestasi bagus, kemungkinan akan diserap oleh company terbabit sebagai permanant staff. Alhamdulillah dengan join programme ni aku dapat merasa apa yang aku impikan sebelum ni. Dpt duduk kat kerusi pusing2, join director meeting kat boardroom, dress up pun dah ada style ckit(waktu tu lah, skrg aku rasa dh xsesuai nk pakai macam tu). Banyak benda aku belajar waktu training 2 bulan tu. Aku dah tak kisah kalau disuruh entertain orang-orang besar sebab dah belajar semua ettique yang perlu. Sejak join GP200 Programme, hidup aku berubah. Paling aku perasan adalah perubahan pemikiran. Sekarang aku dah boleh melihat sesuatu perkara from the other side bukan pemikiran satu arah macam dulu lagi. Aku makin positif dengan hidup. Alhamdulillah, dalam tempoh aku praktikal kat company bawah program ni, rezeki semakin murah. Banyak dapat call untuk interview sampaikan aku terpaksa tolak sebab tak dapat cuti. BNM jugak ada panggil interview untuk satu position. Walaupun aku tak dapat jawatan kat BNM tu tapi aku puas, sekurang-kurangnya aku dapat jejak kaki dan merasa sendiri suasana berinteraksi dengan officers kat sana masa interview hari tu. Dalam masa praktikal tu jugak, aku ada attend interview sebagai tutor kat UKM. kalo korang ingat aku ada cakap impian last aku adalah nak jadi lecturer . Sekali lagi nasib menyebelahi aku, aku dapat juga jawatan tutor tu..Here i am.. see, how God plan better than us. semua yang aku nak sebelum ni aku dapat jugak. Alhamdulillah. Sampai sekarang aku macam tak percaya dengan apa yang aku lalui. Dalam tempoh beberapa bulan, hidup aku berubah dengan drastik. Dari penganggur aku join dunia corporate seketika sebelum aku landing kat kerjaya yang betul2 kena ngan hati aku. Walaupun sekarang aku hanya seorang tutor (masih jauh jalan sebelum dapat jadi lecturer insyaAllah) tapi aku percaya Allah letakkan aku dilandasan yang betul sekarang. Jalan didepan masih berliku sama ada aku mampu bertahan atau tersungkur dari landasan aku tak pasti. Moga Allah sentiasa merahmati hidup aku dan keluarga aku pada masa akan datang.

Buat anda diluar sana yang masih menganggur atau sedang mencari pekerjaan yang lebih baik , jangan putus asa dengan rahmat Allah swt yang luas ni. Rezeki kita sudah ditetapkan cuma lambat atau cepat saja yang membezakan.


Tuesday, July 5, 2011

Hari Yang Teruk

Hari ni bukan lagi nak kongsi apa2 tips tp sekadar nak luah perasaan yang memuncak didada..






  • Aku tension sebab aku rasa unlucky sangat sekarang. Aku ada bos yang baik n colleagues yang very welcoming aku kat company ni tp aku dapat rasakan potensi untuk aku jd permanent staff kat sini sangat tipis. Aku sedih bukan sebab aku tak mampu buat yang terbaik tetapi aku tak diberi peluang untuk membuat yang terbaik.
    solution: Aku diam je..senyum..sambil2 tu aku cari kerja lain



  • Aku dah mual dengan lelaki.kenapalah aku asyik ditemukan dengan lelaki yang lembik je. Lelaki yang approach aku semuanya lemah n mengikut perasaan.Konon2 romantik tp please la.Aku rimas dengan semua ni.Aku perlukan lelaki yang COOL yang boleh aku depend on bukan yang bergantung kat aku ja..Ya, Allah..serius aku serik dengan lelaki. Terpikir jugak untuk single selamanya. Tapi kalau da jodoh jugak aku harap dapat suami yang COOL dan RILEX. Kalau masih wujud la spesies macam nih.
    solution: Tak payah pikir. Buat derk je. Bukan aku tak biasa pun..Hidup aku untuk keluarga aku n untuk diri sendiri ja..Oppss..untuk SHOPPING jugak..hak3



  • Kawan-kawan yang ntah apa2. Baik kawan pompuan ataupun kawan lelaki. suma ngan peel masing-masing. semak je aku nak pikir. Apa aku buat asyik tak kena je kat mata diorang. Aku xkisah dah sekarang. No more istilah kawan baik. Nobody can be trust
    solution: aku wat bodoh je lah.Diam.Senyum..aku hepi dengan diri aku, aku bahagia menerima aku seadanya. Aku positif dalam semua perkara...dan yang paling penting, aku tak perlukan keyakinan anda semua untuk capai impian aku!!!





~qaisara sajiddah~

Bulan pertama di tempat kerja

Dah lama aku tak update blog ni..hampir 3,4 bulan juga. sebenarnya banyak benda yang aku nak kongsi dengan korang semua. kali ni aku nak cakap pasal pengalaman pertama ditempat kerja. Bagi korang diluar sana yang baru bekerja (first time)..tentu berdebar-debar nak masuk office kan. The same thing happened to me months ago..let me list down some tips and thing should be done for the first few months in a new company:




  • Senyum - Senyum tu sedekah.Walaupun mungkin ada yang tak menghargai senyuman anda takpe..biarkan je. sekurang-kurangnya kita menunujukkan sikap positif kita dihari pertama bekerja (jangan pulak korang senyum sepanjang masa, ikut situasi ok)

  • Membaca - first task yang korang akan dapat adalah membaca (bagi kebanyakan company la)...buat je apa yang disuruh even korang tak faham apa benda pun yang korang baca tu. Biasanya dia akan bagi korang baca peraturan company, misi n visi, paling utama dia akan suruh korang baca pasal company punya operation. korang kena selidik jugak pasal department korang, apa function department tu, apa projek yang berkaitan department korang and all sort of things.


  • Offer diri - korang kena rajin. tunjukkan sikap positif. tanya your colleagues kalau2 ada benda yang korang boleh assist. (waktu korang takde keje nak buat la)


  • Belajar dan terus belajar - yang ni penting. Nowadays, young generation (known as gen y) very unpatient. Most of them want to be in the top of management as fast as they can or in the position of making decision all the times. In fact, you guys kena ingat apa pun we've to start from the bottom even for young graduate. Although you've degree, you still have to respect your seniors in your company.Theory and practical are two different things. By right, theory just the basic while pratical commanly use and happen in reallity situation. so, terimalah apa je keje yang diberi. positive guys!



  • Pekakkan telinga and keringkan hati - tak semua orang bertuah dapat bos yang baik and colleague yang supportive. Korang kena hadap suma tu. aku sekarang ni pun tengah berusaha untuk maintain cool. Kadang-kadang, orang pandang rendah dengan kita disebabkan kita orang baru. Sementelah macam aku ni yang takde pengalaman langsung ditambah pulak my english so bad(company aku ni employees dia memang fluent english)..it's ok guys.positive je..untuk terus maintain aku pegang ayat ni..."..saya tak perlukan keyakinan anda semua untuk saya capai impian saya.."



    ~qaisara sajiddah~