Saturday, June 26, 2010

cantiksss

orang perempuan nak je selalu nampak cantikkan. Ada yang sanggup berbelanja besar untuk rawatan kecantikan, ada jugak yang sanggup menahan lapar gara-gara nak kurus dan kelihatan cantik walaupun cara tu nampak ekstream jika dihalusi. Apapun yang kamu lakukan wahai kaum hawa janganlah sampai memudaratkan diri kamu sendiri. Sesungguhnya ciptaan Allah swt itu cukup indah. Bersyukurlah seadanya dan peliharalah sebaiknya.

Namun, aku sedar manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Aku juga perempuan dan fitrahnya aku juga ingin selalu nampak cantik dan muda. Cantik itu subjektif sebenarnya. aku lebih suka mengambil pendekatan memelihara kecantikan yang dianugerahkan Allah swt daripada mengubah apa yang dikurniakan. Bukankah mengubah ciptaan Allah itu satu dosa besar? Maka, kaum hawa sekalian, marilah kita renungi kembali. Kita panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Agung atas kurniaan terindah ini.

Aku selalu dengar orang cakap kecantikan fizikal itu tidaklah utama asalkan kecantikan dalaman terpelihara. Aku setuju tapi aku menafikan kenyataan itu relevan digunakan hari ini. Mungkin masih ada manusia diluar sana berjiwa suci yang masih memandang tinggi budi dan hati namun golongan ini sangat sedikit. Sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan orang yang memandang kecantikan luaran kerana fitrahnya manusia suka pada keindahan. Apapun bagi aku, kita sepatutnya adil memperlakukan manusia lain sepertimana kita menuntut orang lain berlaku adil pada kita.

Aku sendiri sedang belajar berlaku adil.Rasa muak menilai luaran semata-mata kerana pengakhirannya aku pasti kecewa. Apapun bukan semua yang cantik luaran itu buruk dalamannya ataupun sebaliknya. Bukan itu yang ingin aku sampaikan. aku hanya menuntut keadilan dalam kita menilai orang lain. Ayuh, kita ubah cara kita judging people. Perlu diingat takda manusia yang sempurna. Terimalah seadanya sepertimana kita ingin diterima seadanya.

~Qaisara Sajiddah~

No comments:

Post a Comment