Tuesday, August 17, 2010

hikmah disebalik 1 penantian

Sebelum2 ni aku jalani ibadah puasa dalam situasi masih bergelar pelajar tapi Ramadhan kali ni aku lalui bulan mulia ini sebagai seorang penganggur. Bunyi macam sadis ja kan tapi sebenarnya seronok jugak macam ni. Ada banyak kelapangan untuk aku beribadat.Aku harap waktu yang singkat ini dapat aku gunakan sebaiknya untuk melipatgandakan pahala.

Bulan Ramadhan kali ni aku banyak belajar. Bila dah duduk kat rumah ja mestilah kena buat kerja rumah. Tambah2 bila dah jadi kakak yang paling besar sekarang. Adik2 aku pulak time macam ni diorang selalu ambil kesempatan. Semua chores aku yang buat dengan alasan diorang perlu study for coming exam. Aku??..dah pasti aku mengalah ja sebab aku pun pernah jadi student and very clear about the bunch of homework and the crazy time when u need 2 memorize things.

Syukur Alhamdulillah rupa-rupanya disebalik pengangguran aku tu ada besar hikmahnya. Manisnya baru terasa. Mungkin Allah swt nak aku persiapkan diri dengan basic kehidupan sebelum aku menjengah ke alam kerjaya. Perkara2 asas ni aku belajar sikit2 and i can see the improvement by days. Cukup buat aku bina kehidupan sendiri dimasa depan. Lebih berdikari itu yang aku harap.

Thanks Allah...4 the chances given

~Qaiasara Sajiddah~

Saturday, August 14, 2010

UKM di hatiku

Banyak sebenarnya perkara yang berlaku dalam hidup aku 2 minggu kebelakangan ni. Ada yang pahit, ada juga yang manis. Begitulah hidup tidak selalunya berjalan mengikut apa yang kita inginkan. Semua hari yang berlalu mengikut rentak Sang Pencipta kerana sudah semestinya Dia lebih mengerti akan baik buruknya sesuatu perkara.

Aku lebih suka menulis yang manis dari yang pahit.

Tanggal 08/08/2010 adalah detik terindah kepada sebuah penantian "my Graduation's day". mulanya tak rasa apa2 pun, aku hanya nak that scroll je. Dah dapat jubah aku try berkali2 kononnya nakkan 'feel' konvo tu. Meriah aku tengok kawan2 aku kat facebook dengan post about graduation's day. Masing2 tak sabar menunggu waktu tu. Aku pulak kat bilik macam takda perasaan. Aku hanya nak semua tu berlalu secepat mungkin. PELIK..aku pelik dengan apa yang aku rasa saat tu. Aku tanya diri aku, apa sebenarnya yang aku inginkan? Bukankah ini menjadi impian aku bertahun lamanya? sudahnya kenapa aku tak segembira orang lain?...ermm..even i got one simple reason but still wonder how much it working 2 worse my feeling about the graduation's day. well, i just ignore all those things. i wanna make my graduation's day will be best moment ever in my life even have little doubt about that..

Pada hari konvokesyen tu, aku tetap rasa yang sama, aku ukir jugak senyuman buat keluarga aku yang datang. Apapun perasaan aku waktu tu, aku tak kisah. Yang pasti aku nak my parent of course my big brother yang banyak support in other side happy dengan kejayaan aku. Well, it really work. Aku tahu ayah aku suka, aku jugak tahu abang aku gembira tapi aku lebih pasti bila aku balik kampung and my mother told me that they all proud of mine. Biasalah semua parent akan gembira bila anak2nya dah berjaya habis study. Alhamdulillah..

Satu moment masa graduation's day buat hati yang keras ini terusik jugak akhirnya adalah the moment when all lecturers berarak masuk and keluar dewan. Masa tu hanya tuhan yang tahu. Tak terfikir pulak aku akan rasa macam tu. Rasa sebak bila tengok pensyarah2 berjalan masuk didepan. Orang yang banyak berilmu dan menyumbang kepada kejayaan aku hari tu. Diorang nampak relax waktu berarak masuk. Aku yakin diorang proud of bila tengok anak2 didik mereka berjaya grad akhirnya. Aku dapat rasakan aura yang sangat berbeza. Rasa hormat yang tinggi pada para pendidik ni. Mungkin kepuasan yang aku rasa tak sama dengan kepuasan milik golongan pensyarah ni. Teringat Lectrer aku, Dr. Madeline pernah cakap kepuasan yang dia dapat sebagai seorang pensyarah adalah bila melihat anak didiknya berjalan di atas pentas menerima ijazah pada hari konvekosyen mereka..Apapun, aku takkan lupakan jasa semua pensyarah kat bumi UKM ni khasnya all FEP's Lecturers.

Kehidupan di universiti bukan sahaja mengajar aku tentang ilmu dan teori yang ada dibuku but it taught me more than that. The value of life that you didn't found from other side of life.

Sekarang aku berjaya menggengam segulung ijazah bukti kepada sebuah usaha yang aku terapkan sekian lama. i'm done at last!!!...dulu aku nak sangat jadi doktor tak sangka aku akhirnya jadi graduan ekonomi. Rahsia Allah swt tidak ada yang dapat menduga. Thanks Allah for the blessing!..buat my family aku rasa ini dah cukup untuk buat diorang happy, kepada para pensyarah2 yang aku hormati, ilmu dan budi kalian akan kujunjung tinggi hingga penghujung hidup ini, buat teman2 seperjuangan di bumi UKM, walau tak dapat snap banyak pics sama2 but memories we created togather will be play on my mind forever. Moga ukhwah kita kekal abadi.



~Qaisara sajiddah~

Tuesday, July 20, 2010

Allah SWT Maha pengatur rezeki manusia

Dalam situasi sekarang aku tak nafikan kehidupan aku kosong dan sangat membosankan. Masa aku banyak waste pada benda-benda tak berfaedah even i realize it is not a good thing at all but my mind keep saying that it's ok. It would be sometimes..don't worry you have much time left why you bother yourself?...huh

Ronda-ronda kat facebook antara aktiviti yang aku selalu buat. Bagus jugak kadang-kadang dapat info berguna dari tokoh masyarakat yang aku add. Dalam situasi lain tension jugak bilamana tengok post my friends yang dah dapat kerja. Tinggal aku ja yang terkontang-kanting kat rumah ni. Mungkin rezeki aku lambat sikit kot.Itulah antara kata-kata untuk sedapkan hati aku yang aku kira sangat gundah gulana waktu tu. Walaubagaimanapun semalam bila aku baca post sorang member kat facebook, hati aku terasa lapang. Katanya:

"Urusan rezeki itu jangan dirunsing, ia tetap dan pasti ada. Allah SWT Maha pengatur rezeki manusia"

Aku jadi sebak seketika memikirkan betapa aku hanyut dibuai arus dunia hingga membuatkan hati aku resah pada perkara yang telah dijanjikan Allah swt. Aku yakin aku sudah berusaha, aku juga sudah berdoa dan akan terus memohon pada yang Maha Berkuasa. Selebihnya aku menyerahkan segalanya pada Dia kerana aturanNya pastilah yang terbaik buat semua. Aku hentikan rasa resah dihati, aku ganti dengan penyerahan pada Ilahi.

Sekali lagi aku terpaku didepan skrin laptop ni bila membaca post sorang member lain.


" Yang datang, hanyalah sekadar untuk menguji......"


Lama jugak aku renung kata-kata tu. Rasanya datang dari sebuah lagu. Tak kisahlah dari mana asalnya kata-kata ni, yang pasti ia dah buatkan hati kecil aku tercuit. Hidup tak selalunya berjalan dengan lancar. Kadang-kadang ada saja halangan yang datang menggugat keteguhan iman.

Post kedua-dua member aku tu memang sangat kena dengan aku. Mungkin dah sampai masa untuk aku lebih optimistik. Bantuilah aku Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih untuk menghadapi hidup ini agar sentiasa berputar di atas landasan kebenaran

~Qaisara Sajiddah~

Monday, July 19, 2010

kecewa yang sementara

Lama x menjenguk blog ni..malas nk menaip sedangkan banyak yang nak aku kongsi...tapi kalau semua aku tulis disini xbest gak kan...
aku selalu dengar org cakap apa yang kita nak tak semestinya kita akan dapat. it sound pathetic at first tp bla aku dlm situasi mcm ni then i realize that the fact it is right. Allah swt lebih tahu yang terbaik untuk hambaNya.

Proses kehidupan tak selalunya indah. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah..mak aku cakap hidup ada pasang surutnya, kawan aku pula cakap hidup macam roda. semuanya membayangkan benda yang serupa. Aku dah biasa dengan kegagalan. Aku dah biasa jatuh yang aku kira agak payah untuk berdiri semula tp aku anggap aku belum rebah kebumi untuk aku berputus asa saat tu. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan ruang yang diberi Allah swt aku mulakan sekali lagi semuanya. So, aku harap kali ni aku lebih tabah. Aku yakin dengan ketetapanMu Ya Rabb..

~Qaisara Sajiddah~

Sunday, June 27, 2010

Satu rasa bernama cinta

Hadirmu dalam Anganku
Munculmu pada mimpi-mimpiku
Wajahmu terukir diimaginasiku

Engkau bukan lelaki idaman
Engkau laki-laki budiman
yang hadir menutur kata menagih bicara
mengundang rasa yang kunafikan sekian lama

Lidahku kelu hati terkedu
saat munculmu yang tak pernah wujud pada percaturanku
cukup hanya sekali
datangmu meroboh tembok hati
yang kubina dan kusangka teguh berdiri

Aku akur pada rasa ini
tak mampu aku melawan fitrah insani
mungkin ia kebetulan ditengah-tengah kekalutan
namun
mungkin juga aturan tuhan untuk menduga keteguhan iman



~Qaisara Sajiddah~

Saturday, June 26, 2010

cantiksss

orang perempuan nak je selalu nampak cantikkan. Ada yang sanggup berbelanja besar untuk rawatan kecantikan, ada jugak yang sanggup menahan lapar gara-gara nak kurus dan kelihatan cantik walaupun cara tu nampak ekstream jika dihalusi. Apapun yang kamu lakukan wahai kaum hawa janganlah sampai memudaratkan diri kamu sendiri. Sesungguhnya ciptaan Allah swt itu cukup indah. Bersyukurlah seadanya dan peliharalah sebaiknya.

Namun, aku sedar manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Aku juga perempuan dan fitrahnya aku juga ingin selalu nampak cantik dan muda. Cantik itu subjektif sebenarnya. aku lebih suka mengambil pendekatan memelihara kecantikan yang dianugerahkan Allah swt daripada mengubah apa yang dikurniakan. Bukankah mengubah ciptaan Allah itu satu dosa besar? Maka, kaum hawa sekalian, marilah kita renungi kembali. Kita panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Agung atas kurniaan terindah ini.

Aku selalu dengar orang cakap kecantikan fizikal itu tidaklah utama asalkan kecantikan dalaman terpelihara. Aku setuju tapi aku menafikan kenyataan itu relevan digunakan hari ini. Mungkin masih ada manusia diluar sana berjiwa suci yang masih memandang tinggi budi dan hati namun golongan ini sangat sedikit. Sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan orang yang memandang kecantikan luaran kerana fitrahnya manusia suka pada keindahan. Apapun bagi aku, kita sepatutnya adil memperlakukan manusia lain sepertimana kita menuntut orang lain berlaku adil pada kita.

Aku sendiri sedang belajar berlaku adil.Rasa muak menilai luaran semata-mata kerana pengakhirannya aku pasti kecewa. Apapun bukan semua yang cantik luaran itu buruk dalamannya ataupun sebaliknya. Bukan itu yang ingin aku sampaikan. aku hanya menuntut keadilan dalam kita menilai orang lain. Ayuh, kita ubah cara kita judging people. Perlu diingat takda manusia yang sempurna. Terimalah seadanya sepertimana kita ingin diterima seadanya.

~Qaisara Sajiddah~

Thursday, June 17, 2010

lima musim

Dah lama aku tak menjenguk blog ni. kalau surf internet pun aku akan buka facebook atau baca news ja. bukan takda idea nak dikongsi tapi lebih kepada perasaan malas nk menaip. Apapun kali ni aku gagahkan juga jari-jemariku untuk berlari-lari kat atas keyboard ni.

Sekarang musim bola(world cup), musim hujan, musim kenduri, musim buah( aku rasa la even my parent cakap not yet) and musim orang sibuk prepare untuk masuk universiti.

Aku akui kalau bercakap pasal bola, aku takdalah bagus sangat sebab aku ni perempuan.aku suka bola tapi takdalah sanggup berjaga sampai pagi hanya untuk bola. Bak kata cikgu aku dulu, lagi bagus bangun pagi solat tahajudd dari bangun untuk bola. nikmatnya lebih agung. aku setuju. Apapun semuanya atas diri sendiri. kita tak mampu menghalang minat orang lain. Selalunya yang sanggup bangun untuk bola adalah golongan lelaki. Tapi ada juga perempuan yang rela bangun awal pagi untuk temankan si lelaki. Aku respect isteri yang sanggup bangun pagi temani si suami menonton bola. Mungkin melaluinya hubungan suami isteri dapat dieratkan seperti mana ungkapan yang agak biasa aku dengar 'sukan mampu menyatukan'. Tidak dinafikan bola boleh bertindak sebagai platform terbaik bagi pasangan suami isteri belajar menghargai minat antara satu sama lain. namun, semuanya ada pro n con. kita sendiri sebenarnya berkuasa untuk memilih. selagi ia diyakini memberi kebaikan paling tidak pun ia tidak memudaratkan boleh aja kita nikmati minat ini.

Ikut kalender my parent sekarang memang musim hujan. musim hujan buat aku agak resah sebab asyik berkurung dalam rumah ja sepanjang hari. pusing sana pusing sini asyik tengok muka adik-adik aku ja.(ayat ni agak kejam tp fair la sebab adik-adik aku pun cakap benda yang sama kat aku). kalau bukan musim hujan boleh jugak aku melepak kat luar rumah ambik angin petang, buat-buat sibuk dengan keja gardening, ronda-ronda tengok sawah padi menghijau atau apa-apa kerja luar umah yang lain. tapi tu semua hanya akan berlaku bila musim hujan dah berlalu. kalau time hujan macam ni, aku hanya boleh jadi penonton setia tv atau pelayar internet yg hebat.

kenduri??..ermm, banyak sangat sebab sekarang musim cuti sekolah. semua jenis kenduri ada, kenduri kahwin, kenduri arwah, kenduri akikah n lain-lainya. Hidup kat kampung macam ni lah.
Kalau ada kenduri, mesti kena pergi. Ayah aku cakap hidup bermasyarakat tak boleh sombong. Jadi setiap jemputan sebaiknya dipenuhi. Aku jadi tukang angguk ja bila ayah aku cakap sebab aku jarang attend mana-mana kenduri kecuali rumah saudara terdekat. Bukan aku tak suka pergi kenduri tapi aku malu bila makcik-makcik kat rumah kenduri sibuk bertanya anak siapa, itulah,inilah...terutama kalau aku pergi dengan adik-adik dan kakak-kakakku yang pemalu tahap gaban. Akulah yang jadi tukang jawab and yang lain jadi tukang senyum.

Family aku takda dusun buah-buahan. Kat kebun ayah aku hanya tanam pokok petai. ayah aku cakap kalau tanam buah-buahan yang macam orang selalu buat nanti tak larat nak habiskan. Katanya, petai ada nilai komersial sebab kalau dijual pasarannya lebih luas dari buah-buahan. kami iyakan aja kata ayah sebab apapun yang ayah aku cakap pasti betul jugak akhirnya. tulah yang selalu berlaku.

Last sekali aku nak cakap pasal musim masuk universiti. Tiga tahun yang lalu aku pun sibuk saat macam ni. Minggu lepas masa aku pergi tempah baju kat kak tukang jahit kampung aku, dia pun merungut banyaknya baju kurung nak disiapkan dalam masa terdekat. Semuanya tempahan dari budak-budak kampung aku yang nak masuk universiti.ermm..mula-mula ni semua sibuk nak buat baju kurung. dah sebulan dua kat universiti nanti fesyen pasti berubah. itulah yang terjadi kepada anak-anak bangsaku yang jati dirinya terlalu rapuh. Namun ada juga yang berubah penampilan lebih muslimah dari sebelumnya. syukurlah kalau macam tu. Yang menjadi masalah dulunya fesyen muslimah then masuk universiti berubah penampilan dengan fesyen yang entah apa-apa..malas aku nak cakap lebih-lebih. selalunya siswi-siswi ni akan memberi jawapan yang sangat lmiah. Ini negara demokrasi. semua orang berhak untuk berbuat apa-apa termasuklah menggayakan apa-apa fesyen.

Dah penat jari aku berlari.dia mintak berenti sekarang. so, setakat ni je post untuk kali ni.

~qaisara sajiddah~